Korvet Type 056
Korvet Type 056

Korvet Type 056

Type 056 (nama pengenalan NATO: Jiangdao) adalah sebuah kelas korvet yang digunakan oleh Angkatan Laut Tentera Pembebasan Rakyat (PLAN). Ia mengantikan kapal peronda dan beberapa frigat Type 053H yang telah berusia.[3] Korvet Type 056 pertama memasuki perkhidmatan pada bulan Februari 2013.[4] Sebuah versi peperangan anti kapal selam (ASW), yang dikenali sebagai Type 056A, juga telah memasuki perkhidmatan.[5] Berikutan dengan pembinaan Aba pada Disember 2019, China telah menghentikan pembinaan korvet Type 056 bagi memberi fokus pada perolehan kapal perang lebih besar untuk misi-misi laut lepas.[6]Dua buah kapal versi rondaan seberat 1,800 tan, P18N telah diserahkan kepada Tentera Laut Nigeria[7] dan empat buah korvet C13B seberat 1,300 telah dijual kepada Tentera Laut Bangladesh.[8]

Rujukan

WikiPedia: Korvet Type 056 http://eng.chinamil.com.cn/news-channels/china-mil... http://eng.chinamil.com.cn/news-channels/china-mil... http://eng.chinamil.com.cn/news-channels/china-mil... http://eng.chinamil.com.cn/news-channels/china-mil... http://eng.chinamil.com.cn/news-channels/china-mil... http://eng.chinamil.com.cn/news-channels/photo-rep... http://english.chinamil.com.cn/view/2016-12/19/con... http://www.wuchuan.com.cn/xwzx/jtxw/313920.htm http://en.airforceworld.com/a/20150711/193.html http://www.daily-sun.com/post/122074/Navy-to-get-2...